Tuesday, April 19, 2011

tips solekan asas

Kongsi Tips Solekan




GAYA SOLEKAN ALA RIHANA BERSAMA AMBER CHIA


1. Sebelum, wajah Amber Chia disapu krim pelembap bagi melindungi kulit daripada kekeringan

2. Sapukan bedak asas bersama bronzing powder untuk gaya solekan berkilau. Kulit cerah milik Amber Chia menyebabkan Rostam mengadun dua warna bedak asas jenis cecair paduan warna gelap dan cerah.

3. Pesona mata terserlah dengan pembayang mata rona tembaga disapu menggunakan teknik smokey eyes dengan calitan pembayang mata putih berkilat memberi ilusi 3D pada mata

4. Pemerah pipi nuansa merah jambu pucat di oles sapuan gincu bernada pucat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah.

Tips: Solekan berkilau

pembayang mata berkilat pada tubir mata bagi mendapatkan kesan 3D sekali gus melengkapkan solekan berkilau pada wajah anda

menghasilkan wajah bercahaya seperti yang biasa dilakukan Jennifer Lopez, sapukan ‘bronzer’ iaitu sejenis bedak berwarna tembaga dengan kilau keemasan pada pelipis, pipi, hujung dagu dan tulang pipi untuk mendapatkan kesan kulit bercahaya

kan ‘bronzing shimmer’ sebagai sapuan terakhir menggunakan berus besar di wajah dan leher. Sebelum disapukan di wajah, tiup bulu berus atau sapukan pada atas tangan terlebih dulu supaya sapuan yang terhasil kelihatan semula jadi

nzing blusher’ membuat pipi kelihatan berkilau seperti kulit coklat bercahaya. Untuk tampak lebih hebat, padukannya dengan pemerah pipi tona aprikot jika anda berkulit gelap dan tona merah jambu lembut jika anda berkulit cerah.




TIPS SOLEKAN RINGKAS

Bibir 

Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

Mata 

Jangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.

“Pilih warna yang sesuai dengan usia, warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik,” katanya.

Alis mata 

Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Menurut Nurin Adlina, ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.

GAYA RINGKAS



wajah sebelum dan selepas solekan




Solekan ringkas untuk anda yang berwajah bulat.

Solekan tepat untuk ‘Wajah Bulat’.

Wajah yang sempurna merupakan impian setiap wanita disamping kulit yang bersih dan tidak mempunyai sebarang masalah. Memiliki bentuk wajah sempurna, kelopak mata yang cantik, hidung yang mancung, pipi bagai pauh dilayang merupakan satu keistimewaan kepada anda. Namun bagi yang tidak bernasib baik, itu merupakan satu masalah.

Bagaimanapun, teknik solekan yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda yang berwajah bulat agar wajah dipandang menarik dan tampak sempurna. Ciri-ciri wajah bulat ialah seperti, wajah berbentuk bulat, tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Kelemahan bagi wajah bulat ialah, pipi kelihatan kembang dan tembam. Dagu kurang runcing sebaliknya dahi agak kembang dan lebar.

Langkah-langkah menutup kelemahan pada wajah bulat.

1.Sebelum mengenakan solekan, bersihkan wajah terlebih dahulu.Gunakan bedak asas ( foundation) pada wajah mengikut warna kulit anda.

2.Buatkan bayangan gelap ( shading ) di bawah tulang pipi dan bahagian rahang.

3.Letakkan bedak asas yang cerah untuk bayang cerah (hightlight) pada puncak pipi, tulang pipi dan puncak dagu. Letakkan bayang gelap pada tulang hidung.

4.Sapukan bedak tabur pada wajah.

5.Sapukan pembayang mata dengan sapuan warna gradasi untuk mencantikan mata di ikuti dengan pengaris mata, mascara serta kening.

6.Sapukan pemerah pipi agar wajah tampak lebih segar dan berseri-seri. Terakhir sekali sapukan gincu dan pengilap bibir untuk menampakan lagi bentuk bibir yang cantik.



SOLEKAN RINGKAS UNTUK REMAJA

Setiap golongan wanita tak kira usia inginkan wajah yang cantik dan kelihatan segar.Namun bagi golongan remaja, solekan yang tebal boleh membuatkan wajah tampak lebih tua berbanding dengan umur sebenar.Golongan remaja lebih sesuai dengan solekan yang ringkas dan nampak natural agar wajah kelihatan lebih muda dan menawan.Tips makeup ini boleh membantu anda agar tampak lebih muda dari usia sebenar.

1.Solekan yang ringkas dan kemas, solekan yang tebal atau berlebihan menampakan wajah lebih matang.

2.Pemilihan alas bedak yang mempunyai usur cair. Hindari alas bedak jenis padat, tetapi pemilihan bedak asas mengikut jenis kulit juga perlu dititik beratkan.

3.Sembunyikan noda hitam mahupun jeragat dengan menggunakan ‘concealer’.

4.Sekiranya anda kehabisan concealer, titikan pembayang mata warna krim senada dengan kulit.

5.Pembayang mata bagi wanita asia sesuai jika menggunaakan warna-warna seperti coklat,pink,hijau,tembaga dan beige.

6.Anda perlu pastikan pembayang mata kemas, tidak bertabur dan bergumpal di bahagian kelopak. Untuk megelaknya,sapukan alas bedak dibawah bahagian mata sebelum memulakan solekan.

7.Pilihlah pengaris mata dengan warna coklat dan bukannya hitam.Kurangkan ketebalan penggaris mata segali gus membuatkan mata anda lebih cantik dan tampak semula jadi.

8.Sebelum pemakaian maskara, lentikan bulu mata menggunak pelentik bulu mata di ikuti dengan pemakaian maskara dengan sapuan zigzag keatas.

9.Pilihlah pemerah pipi dari jenis krim atau cair kerana ia menampilkan kesan segar pada wajah.

10.Membentukkan hidung dengan menyapu pembayang mata dengan warna coklat muda di kiri dan kanan tulang hidung.

11.Pakailah gincu yang berwarna cerah sebaliknya elakan pemakaian gincu yang berwarna gelap.

12.Bagi mengekalkan gincu lebih tahan lama, sapukan ais di bibir anda selama 20 saat sebelum mengenakan gincu.Tabukan bedak atas gincu dan membuat sapuan sekali lagi.

13.Elakkan pemakaian gincu jenis matte kerana ia akan membuatkan bibir anda menjadi lebih kering.

14.Gunakanlah Lip Balm sebelum membuat sapuan gincu atau pengilat bibir